PROGRAM MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI (JKKR FELDA RAJA ALIAS 4 TAHUN 2022)

   

JEMPOL – 11 Mei 2022, YDH SUPT Hoo Chang Hook, – Ketua Polis Daerah Jempol telah menghadiri majlis jamuan hari raya Aidilfitri bagi peringkat JKKR Felda Raja Alias 4 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan di Dewan Semai Bakti Felda Raja Alias 4, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dengan disambut oleh Encik Ahmad Sabry Bin Mohamad, – Pengerusi JKKR Felda Raja Alias 4 dan Encik Kassim Bin Hassan, – Ketua Peneroka Felda Raja Alias 4, Bandar Seri Jempol.

Turut hadir dalam majlis ASP Rashid Bin Kasim, – KBSJD Jempol, ASP Muhamad Khalid Bin Mohamed Yahaya, – KBPJKKD Jempol, Insp. Sarah Binti Olimohamed, – KPB Bandar Seri Jempol, dan anggota balai Bandar Seri Jempol.

Tujuan menghadiri jemputan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri ini adalah untuk mengeratkan kerjasama dan hubungan silaturrahim antara pucuk pimpinan IPD Jempol bersama penduduk Felda Raja Alias 4, serta merapatkan hubungan di antara pemain industri dan anggota PDRM.

Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keceriaan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sumber : IPD Jempol

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …