KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

Tidak dinafikan, media sosial mempunyai banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segenap pengguna. Namun, terlalu kerap menggunakan media sosial juga boleh menyebabkan pengguna ketagih sehingga memberi kesan negatif kepada diri sendiri.

Walaupun media sosial tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian kita, media dalam talian sering dipersalahkan kerana meningkatkan masalah mental terutamanya di kalangan remaja. Kajian statistik membuktikan pengaruh media sosial dalam kalangan ini meningkat terhadap kemurungan, kebimbangan dan tekanan psikologi.

Pelbagai cara yang boleh diaplikasikan bagi mencegah ketagihan media sosial. Antaranya ialah menetapkan objektif setiap kali melayari internet supaya tidak leka ketika menggunakannya. Hal ini demikian kerana pengguna seringkali menggunakan media sosial bagi melakukan perkara yang lalai. Selain itu, menghadkan dan menetapkan masa penggunaan media sosial untuk memulakan rutin hidup yang sihat. Bukan itu sahaja, pengguna juga digalakkan untuk mencari hobi yang boleh mengalihkan perhatian daripada menggunakan media sosial seperti berbasikal, membaca buku dan menyertai aktiviti lasak.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …