MENTERI DI JPM (HEA) WAKILI MALAYSIA HADIR WORLD MUSLIM COMMUNITIES COUNCIL DI ABU DHABI

JAKIM bersama YB Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah diberikan amanah untuk mewakili Malaysia bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa “Kesatuan Islam; Konsep, Peluang dan Cabaran” yang dianjurkan oleh World Muslim Communities Council dengan kerjasama Kementerian Toleransi, United Arab Emirates.

Persidangan ini dirasmikan oleh HE Sheikh Nahayan Mabarak al Nahayan, Menteri Toleransi, United Arab Emirates. Dalam ucapannya beliau menekankan pentingnya persidangan ini untuk mendapatkan sokongan negara-negara Islam bagi memupuk perpaduan di kalangan umat dan negara Islam.

Bertempat di Abu Dhabi, Persidangan ini dihadiri oleh para pemimpin umat Islam, mufti, ilmuan, pentadbir, penyelidik di peringkat antarabangsa. Ia tentunya menjadi platform terbaik untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam menyuburkan agenda penyatuan ummah dalam pelbagai bidang.

 

SUMBER: FB JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA – JAKIM  https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …