KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN DELEGASI DI SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, BELGRAVE SQUARE, LONDON

LONDON, 11 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan delegasi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom semalam (10 Mei 2022).

YAB Perdana Menteri kemudiannya melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, sempena Minggu Kraf London (London Craft Week) dari 9 hingga 15 Mei 2022.

Seri Paduka Baginda, yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut berkenan memberi penerangan kepada YAB Perdana Menteri berkenaan pameran tersebut yang menampilkan busana tenunan hasil kerja tangan penghuni di Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang, termasuk pilihan pakaian Seri Paduka Baginda sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi.

Pameran yang bertemakan “Menyulam Harapan” (Weaving Hope) turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang dan koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas banduan penjara.

Sementara itu, YAB Perdana Menteri berkata beliau rasa bangga dengan sambutan memberangsangkan Pameran Tenun Pahang Diraja kerana ia melibatkan hasil kreativiti penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang.

Beliau berkata program tenunan seumpamanya boleh ditambah baik termasuk dari segi latihan dan kemahiran serta mendapat sokongan orang ramai. YAB Perdana Menteri turut percaya lebih banyak pendidikan latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil negara akan dapat diwujudkan pada masa hadapan di dalam negara khususnya di negeri Pahang.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut