PROGRAM SUMBANGAN KOTAK MAKANAN AIDILFITRI

PUTRAJAYA, 10 MEI 2022 – Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Program Sumbangan Kotak Makanan Aidilfitri kepada para petugas hospital dan pesakit sempena Sambutan Syawal di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) telah menyampaikan sebanyak 1000 kotak makanan yang berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan tersebut telah diagihkan oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bersama wakil-wakil HKL, MAIWP dan YKKK.

Semoga dengan sumbangan berkonsepkan Aidilfitri ini mampu mengukirkan senyuman dan menceriakan hati para petugas hospital dan pesakit-pesakit di HKL.

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut