RONDAAN BERSEPADU OP PAGAR LAUT, OP KUDA LAUT & OP IMAN : APMM TERENGGANU TAHAN BNA VIETNAM

KUALA TERENGGANU, 10 MEI 2022– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu telah menahan sebuah bot nelayan asing pada 7 Mei 2022 di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu semalam. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, bot nelayan asing Vietnam dengan nombor pendaftaran BD 93430 tersebut dikendalikan enam kru termasuk tekong dipercayai warga Vietnam berusia 18 hingga 56 tahun, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta bot tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah ditahan semasa rondaan bersepadu OP PAGAR LAUT, OP KUDA LAUT dan OP IMAN pada hari Sabtu, 7 Mei sekitar jam 3.20 petang.
.
Turut dirampas hasil laut seberat hampir 100 kilogram dan 500 liter bekalan diesel serta peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1 juta. Kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.
Nelayan Vietnam terbabit dipercayai sengaja mengambil kesempatan menceroboh perairan negara kerana beranggapan penguatkuasaan longgar ketika Aidilfitri.
.
Ini merupakan tangkapan ke-14 melibatkan pencerobohan nelayan asing melalui OP KHAS PAGAR LAUT 1/2022 dengan penahanan seramai 104 kru warga Vietnam. APMM meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat kecemasan dan salah laku di talian MERS 999 atau 09-6223657 Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu.
“KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

KEDAULATAN & KEUTUHAN WILAYAH

PENCEROBOHAN & PEMBOLOSAN SEMPADAN

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …