KHIDMAT MASYARAKAT JPJ BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

 

KUALA KRAI, 6 Mei 2022 – Unit Rondaan Stesen Penguatkuasa JPJ Laloh telah menjalankan rondaan di jalan Kuala Krai-Gua Musang sepanjang penguatkuasaan OPS HRA 2022 bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa selamat.
Tidak sekadar menjalankan tugas penguatkuasaan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, anggota jabatan ini turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesusahan.
Unit Rondaan SPK Laloh telah memberikan bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pancit semasa membuat rondaan di KM 30 Jalan Kuala Krai – Gua Musang.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …