BANTUAN AWAL KEMALANGAN

 

MACHANG, 6 Mei 2022 –
Satu kemalangan membabitkan pelanggaran dua buah motosikal di Jalan Selising – Tok Bok berlaku sekitar jam 7.21 petang tadi.
Pasukan pemantauan JPJ Negeri Kelantan telah membuat rondaan di jalan utama negeri bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa patuh kepada undang-undang dan menjadikan jalan selamat digunakan.
Pasukan pemantauan yang diketuai oleh Tuan Mohd Firdaus Bin Shamsuddin Ketua Bahagian Penguatkuasa menjalan tugas rondaan telah berhenti dan membantu mangsa dan juga membantu mengawal lalulintas dengan memberi isyarat kepada pemandu lain supaya memperlahankan kenderaan.
Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital oleh ambulan setelah panggilan telefon dibuat .
Syabas kepada atas kepantasan dan keperihatinan anggota terlibat.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …