PENYAMARAN BAS EKSPRES SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Penyamaran sebagai penumpang bas ekspres telah dilakukan oleh anggota Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang ke beberapa lokasi terpilih sepanjang OPS HRA dilaksanakan bermula 29 April sehingga 8 Mei 2022.

Antara kesalahan yang dikesan ialah mengguna telefon bimbit semasa memandu, tidak patuh lampu isyarat merah, memandu dilorong kanan berterusan dan tidak ikut jadual waktu perjalanan.

Pemandu kenderaan perkhidmatan awam dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang-undang semasa menjalankan perkhidmatan, memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa, bagi mengelak daripada berlaku kesulitan dan kemalangan membabitkan kenderaan perkhidmatan awam serta memastikan kenderaan selamat digunakan dan mengikut jadual waktu dan perjalanan seperti ditetapkan, juga diingatkan keselamatan dan keselesaan penumpang perlu diberi perhatian dan keutamaan semasa menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam.

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …