50 INDIVIDU DITAHAN DI BARAT DAYA KETIKA MEREMPIT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pelajar sekolah serta penuntut kolej antara 50 individu yang ditahan merempit serta melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran pantai Seagate, awal pagi, 8 Mei 2022.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi itu membawa kepada tangkapan mereka berusia 16 hingga 25 tahun yang sedang leka melakukan aksi zig-zag, wheelie serta superman menggunakan motosikal masing-masing.

Ketua JSPT negeri, Superintendan Zafri Zolkapli berkata, operasi yang membabitkan kekuatan 23 pegawai dan anggota yang diketuai Pengawai Turus Penguatkuasa JSPT negeri, Asisten Superintendan Mazlan Fadzilah itu dilakukan bagi menangani masalah samseng jalanan yang dilihat semakin berleluasa.

Jelas beliau, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kegiatan mat rempit tersebut yang menunggang motosikal secara berbahaya selain mengubah suai ekzos hingga mengeluarkan bunyi bising. Supt Zafri juga berkata sebanyak 50 motosikal serta dua buah kereta disita dalam operasi tersebut dan 150 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang serta pemandu kereta terbabit.

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …