OPS SAMAN DAN RONDAAN CEGAH JENAYAH DI SEKITAR PEKAN BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2022 – Bertempat di sekitar Pekan Brickfields Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur telah diadakan Ops Saman dan Rondaan Cegah Jenayah peringkat Balai Polis Brickfields. Hadir semasa program ialah Insp Aaron Anthony Doss, Ketua Polis Balai Brickfields bersama 6 orang PRP.

Penugasan Ops Saman ini adalah untuk mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang ‘Double Parking’ dan juga meletakkan kenderaan di garisan kuning di lokasi beberapa tumpuan di Jalan Tun Sambanthan. Nasihat juga telah diberikan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalanraya disamping menerapkan sikap pemanduan berhemah.

Rondaan cegah jenayah turut dibuat di kawasan yang berpotensi berlakunya jenayah seperti lorong gelap dan laluan pejalan kaki. Program Ops Saman dan Rondaan Cegah Jenayah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga mencegah jenayah jalanan. Program berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 10.00 malam.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut