CUBAAN SELUDUP 20 WARGA MYANMAR MENGGUNAKAN VAN DIPATAHKAN

 

PASIR MAS – Tindakan seorang lelaki memecut van yang dinaiki 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) sejauh tujuh kilometer (km) bagi mengelak ditahan polis gagal apabila berjaya ditahan di Jalan Kampung Banggol Chicha, di sini, pada Ahad.

Suspek yang berusia 21 tahun tersebut ditahan bersama 17 lelaki dan tiga wanita warga Myanmar pada jam 6.15 pagi.

Dua anggota yang melaksanakan rondaan menggunakan Unit Kereta Peronda (MPV) di kawasan Pasir Mas terserempak dengan sebuah van jenis Era Komuter berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di simpang tiga Kampung Lubuk Kawah, di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu terbabit membawa 20 penumpang warga Myanmar,” katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.

Semakan polis mendapati suspek yang memandu van berkenaan berasal dari Kampung Wakaf Aik, Tawang, Bachok. Suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan tiga kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan dadah. Van yang digunakan dan sebuah telefon bimbit milik suspek yang memandu kenderaan itu dirampas untuk tindakan lanjut.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut