GUDANG KIMIA TERBAKAR AWAL PAGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Berita Harian melaporkan pada 6 Mei 2022, sebuah gudang penyimpanan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dengan bantuan BBP Nibong Tebal, Perai, Batu Kawan dan Bandar Perda, bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 pagi berhubung insiden berkenaan.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan mendapati tiga struktur gudang penyimpanan cecair mudah terbakar sedang dijilat api, dengan anggaran kemusnahan 70 peratus. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. Kerja pemadaman dilakukan dengan bantuan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Perai.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut