MENYAMAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS DAN CUBA MELAKUKAN PEMERASAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Ketua Polis Balai bersama anggota CPJ Balai Polis Bayan Lepas telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 26 tahun pada 6 Mei 2022 kerana disyaki menyamar sebagai anggota Polis Balai Bayan Lepas dan cuba memeras wang daripada seorang lelaki dan seorang wanita di kawasan pemandangan pendaratan pesawat di landasan kapal terbang LTAB pada 3 Mei. Susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, KPB Bayan Lepas bersama anggota balai berjaya mengesan dan menangkap saspek di Jalan Kampung Perlis, Bayan Lepas hari ini. Turut dirampas sebuah motosikal yang digunakan pada hari kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …