PERSAHABATAN JOHOR – SINGAPURA KEKAL ERAT

JOHOR BAHRU, 6 Mei 2022 – Dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura. Baginda Tuanku Sultan berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran “Dato” kepada Perdana Menteri Singapura.

Pada majlis istiadat yang sama, DYMM Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Puan Ho Ching yang membawa gelaran “Datin Paduka”.

Pengurniaan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, untuk terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang telah terjalin sekian lama. DYMM Tuanku Sultan Johor turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan antara Singapura dan Johor.

Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Turut berangkat, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, serta Keluarga DiRaja Johor.

Istana Johor sebelum ini turut pernah mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu sebagai lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura. Ini termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang dikurniakan SPMJ pada 9 April 1984 bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-52 Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …