PROGRAM JALINAN UKHUWAH DAN IFTAR RAMADHAN MKN JOHOR BERSAMA PASUKAN KESELAMATAN DI KD SULTAN ISMAIL, PENGERANG, KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 1 Mei 2022 –  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah mengadakan Program Jalinan Ukhwah Bersama Pasukan Keselamatan (Warga KD Sultan Ismail) di Pangkalan TLDM Tg Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Program ini diadakan selain bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim dan jaringan strategik di antara MKN Johor dengan warga KD Sultan Ismail tetapi juga bagi menghargai dan meraikan anggota keselamatan yang tidak berpeluang menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga.

Dalam program yang dijalankan ini, MKN Johor turut mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu berkenaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). MKN Johor juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TLDM Ke-88 kepada warga #NavyPeople, Veteran TLDM dan Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia yang disambut pada 27 April 2022 yang lepas. Terima kasih di atas hikmat bakti yang tidak terhingga demi memastikan kedaulatan tanah air terpelihara.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut