PM RAI PIMPINAN BELIA DI MAJLIS BERBUKA PUASA

PUTRAJAYA 26 April – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah meraikan pimpinan belia di Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di kediaman rasminya di Sri Perdana.

Lebih 1,000 orang jemputan yang terdiri dari pengurusan Kementerian Belia dan Sukan, pemimpin belia dari pelbagai kaum, NGO serta anak-anak yatim hadir ke majlis ini.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Baitul Sakinah. Perdana Menteri seterusnya bersama-sama jemputan menunaikan solat Maghrib, Isya, Terawih dan diakhiri dengan moreh.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan; YB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, YB Senator Ras Adiba Radzi, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YB Dato Ismail Md Said, Presiden MBM; Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan barisan kepimpinan MBM terdiri daripada Exco, Dewan Tertinggi dan badan-badan gabungan MBM serta pengurusan tertinggi KBS.

#menggerakbelia

#beliabencirasuah

#BerbukapuasabersamaPM

#KeluargaMalaysia

 

Sumber : FB MAJLIS BELIA MALAYSIA https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …