KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK TAJIKISTAN KE MALAYSIA: BERTUKAR PANDANGAN MENGENAI ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Dato’ Cheong Loon Lai, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Ardasher Saeedjaafar Qodiri, Duta Besar Republik Tajikistan ke Malaysia pada 27 April 2022. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.

Duta Besar Republik Tajikistan turut menyampaikan jemputan kepada Malaysia untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi Kali ke-2 bagi Dekad Tindakan Antarabangsa: Air bagi Pembangunan Mampan 2018-2028, yang dijadual berlangsung di Dushanbe, Republik Tajikistan dari 6 hingga 9 Jun 2022.

Sumber:

Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …