PEMERIKSAAN KENDERAAN, LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN WARGA KERJA KEM / MARKAS 2 DIVISYEN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

PULAU PINANG, 27 April 2022 – Kem 2 Divisyen telah melaksanakan pemeriksaan ke atas semua jenis kenderaan persendirian milik warga Kem dan Markas 2 Divisyen termasuk staf awam yang di bawah pentadbiran Kem 2 Divisyen.

Pemeriksaan dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan warga Kem dan Markas 2 Divisyen sebelum pulang ke kampung halaman untuk bercuti semasa musim perayaan ini.

Pemeriksaan kenderaan ini telah dibuat kepada semua pegawai dan anggota serta staf awam di Padang Kawad Kem Tun Razak. Pemeriksaan bukan sahaja untuk melihat kondisi kenderaan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu, malah turut melibatkan lesen memandu serta cukai jalan.

Warga Markas 2 Divisyen turut diberi peringatan supaya merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing – masing.

Sumber:

Laman FB Markas 2 Divisyen

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …