TAKLIMAT ISU SEMASA OLEH PEJABAT PENERANGAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

SUNGAI ACHEH, 28 April 2022 – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) bersama Komuniti Keluarga Malaysia Taman Sempadan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Surau Al- Husna, Taman Sempadan. Turut diadakan semasa majlis tersebut ialah taklimat isu-isu semasa yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail mengenai Fasa Peralihan Pandemik kepada Endemik dan Konsep Keluarga Malaysia.

 

 

 

 

 

Majlis yang diadakan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah ianya juga turut memberi ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat. Selain daripada itu, Pegawai AADK Daerah SPS, Ahmad Taridi Mat Arifin turut menyampaikan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

AADK turut membuka Kaunter Pusat Maklumat Rakyat dan mengadakan pameran semasa majlis tersebut bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan pengetahuan yang lebih jelas lagi tepat.

Sumber:

Laman FB Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …