” A MOMENTS TO REMEMBER “

 

KOTA BHARU : Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan & Amanat Timbalan Pengarah KPDNHEP Kelantan bertempat di Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan disini semalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon kerahmatan dan keberkatan sepanjang Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Sekebun Bunga, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.
Sekilas tayangan montaj “A Moments to Remember” telah di persembahan sepanjang perkhidmatan YBrs. Tuan Azanizam Affendi bin Juri, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri dan YBrs. Puan Hjh.Fairuz bt Ahmad Barui, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan.
Seterusnya amanat YBrs.Tuan Timbalan Pengarah disampaikan oleh YBrs. Tuan Azanizam Affendi bin Juri disusuli dengan penyampaian cenderahati, cenderamata, sesi bergambar kenangan dan sesi ramah mesra antara pegawai KPDHEP Negeri Kelantan.
Sekalung penghargaan tahniah atas kenaikan pangkat dan seluruh warga kerja KPDNHEP Negeri mendoakan serta juga mengucapkan Selamat Maju Jaya & Setia Berkhidmat ditempat baharu.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut