PERKONGSIAN ILMIAH : SYARAT – SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR

Bagi warga kota yang akan pulang ke kampung halaman Aidilfitri ini, ambil lah peluang kemudahan yang Allah Taala anugerahkan kepada kita, iaitu solat bagi mereka yang bermusafir Solat Jama’ dan Qasar sama ada Takdim atau Ta’khir bagi meringankan (bukan meringan-ringankan ya) urusan ibadat solat.

Sesungguhnya kemudahan ini tanda sifat Pemurahnya Allah Taala kepada hambanya dimana solat 2 waktu boleh dihimpunkan kepada 1 waktu sekaligus.

Oleh itu, rebutlah anugerah Allah Taala ini kepada kita. Semoga bermanfaat.

Syarat – syarat : 

1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.

2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).

3.Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.

Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.

Syarat Sah Solat Qasar :

1. Masuk fardhu solat ketika sedang musafir & melakukannya waktu musafir.

2. Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah

3. Tidak berniat menetap selama 4hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).

4. Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.

Syarat Solat Jamak : (TAKDIM)

  • Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu) .
  • Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri
    salam)
  • Berturut-turut antara solat pertama & kedua
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua

Syarat Solat Jamak : (TA’KHIR)

  • Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat

Sumber: Manhaj Fiqh as-Syafi’i Jilid 1

Selamat Pulang ke kampung semua, hati-hati di jalanraya.

Petikan : FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut