MAJLIS RAMAH MESRA MOTAC BERSAMA MEDIA@RTM

MAJLIS RAMAH MESRA KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC) BERSAMA MEDIA@RTM

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan sesi ramah mesra bersama Media@RTM yang dihadiri YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC dan Pengurusan Tertinggi MOTAC di Wisma Berita, Angkasapuri, RTM.

MOTAC sentiasa menghargai rakan-rakan media yang membantu dalam mempromosikan sektor pelancongan dan kebudayaan. Dalam sesi ini, YBhg Datuk Hajah Saraya Arbi, TKSU (Kebudayaan) telah menyampaikan ole-ole Aidilfitri kepada warga kerja RTM sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Sesi ini turut dihadiri YBhg Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), RTM.

 

SUMBER: FB KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)  https://www.facebook.com/MyMOTAC

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …