105 PELAJAR DARUL KIFAYAH, PMA DAN MSN TERIMA BANTUAN TABLET

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2022 – Seramai 105 pelajar terdiri daripada pelajar Darul Kifayah, Pondok Moden Al-Baqirah (PMA) dan Maalim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiah (MSN) menerima Bantuan Tablet dengan jumlah peruntukkan RM91,245.00 bertujuan mengikuti pembelajaran atas talian dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah.

Simbolik penyerahan replika cek bantuan tablet ini telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pada majlis yang sama MAIWP juga telah meluluskan bantuan Aidilfitri kepada 261 anak-anak asnaf Darul Kifayah berjumlah RM78,300.00 dimana setiap pelajar akan menerima duit raya RM300.00 setiap seorang.

YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan kerana melalui dana zakat tersebut MAIWP dapat menubuhkan institusi pendidikan dan kebajikan yang kini dinikmati oleh ribuan bahkan puluhan ribu penerima manfaatnya.

”Dengan zakat yang dibayar, MAIWP telah mengagihkannya menerusi pelbagai bentuk bantuan yang mana telah dinikmati oleh golongan asnaf dan sebahagian mereka telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan”.

YB Datuk Haji Ahmad Marzuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Iftar Perdana dan Bantuan Aidilfitri MAIWP 2022M/1443H yang telah dihadiri 100 pelajar di Dewan Darul Kifayah Kuala Lumpur.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …