MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JUALAN MALAYSIA “RANCAK AIDILFITRI” DAN WALKABOUT SEMPENA PENGUATKUASAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) HARI RAYA PUASA TAHUN 2022

 

NILAI, 26 April 2022 – Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia “Rancak Aidilfitri” ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Azman bin Mohd. Yusoff, Ketua Setiausaha KPDNHEP. Program rancak Aidilfitri ini telah berlangsung mulai 23 hingga 29 April 2022 di perkarangan pusat membeli-belah AEON Mall Nilai.

Program Jualan Malaysia “Rancak Aidilfitri” ini menawarkan 100 tapak jualan yang melibatkan penyertaan lebih daripada 70 peruncit dan usahawan yang menawarkan jualan pelbagai produk makanan, minuman, pakaian, perabot, aksesori dan hiasan dalaman selaras dengan tema “Rancak Sini, Rancak Sana, Sepanjang Masa Seluruh Negara”. Pengunjung yang hadir juga akan disediakan dengan berbagai program dan acara yang menarik seperti aktiviti informasi, persembahan, jualan food truck, Jualan Tanpa Henti selama 38 jam dan Program Kayuhan Ramadan.

Program Rancak Aidilfitri yang julung kalinya diadakan ini dijangkan akan menyokong usaha pemulihan ekonomi melalui sektor peruncitan denagn berteraskan konsep 3R iaitu Recovery (pemulihan), Revive (menghidupkan semula) dan Revitalise (merancakkan). Program ini juga merupakan salah satu program yang dirancang dibawah Takwin Program Jualan Malaysia 2022 yang menawarkan jualan murah “Sepanjang Masa di Seluruh Negara”

Bagi segmen barangan keperluan asas, KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mulai hari ini meliputi 28 jenis barangan asas seperti ayam, telur ayam, hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging. Kementerian tidak menolak kemungkinan untuk memanjangkan skim ini sekiranya ada keperluan.

Turut sama hadir, YB Tuan Veerapan Superamaniam – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan, Tuan Azman bin Mohd. Yusof – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Roziah binti Abudin – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berbahagia Datuk Iskandar bin Sarudin – Pengerusi AEON Co. (Malaysia) Berhad.

 

 

Sumber : FB KPDNHEP Laman Rasmi

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut