KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KEMAMAN, 27 APRIL 2022 – Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu telah dilaksanakan pada 25 April 2022 (isnin) bersama pihak agensi kerajaan seperti PDRM, SUK, Bomba, APM, JPJ, Jab. Kesihatan dan lain-lain agensi yang bertempat di Pintu Gerbang Kemaman-Kuantan. Program ini dirasmikan oleh YB HAJI HANAFIAH BIN MAT,  EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU merangkap ADUN CUKAI. Dalam kempen tersebut, turut diagihkan topi keledar dan cenderahati kepada pengguna jalan raya. Matlamat utama kempen ini ialah memberikan kesedaran keselamatan di jalanraya dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemanduan terutama pada musin sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan negeri akan terus memberikan penekanan yang serius terhadap langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya. Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, orang ramai dinasihatkan agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan sempurna bagi mengelakkan memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Undang-undang, penguatkuasaan serta penganjuran kempen kesedaran keselamatan jalan raya tidak akan memberikan makna dan kesan sekiranya pengguna jalan raya masih mengamalkan sikap tidak berhemah, tidak berdisiplin dan beretika semasa menggunakan jalan raya. Kita semestinya berusaha gigih untuk menangani masalah keselamatan jalan raya ini. Jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil, insiden kemalangan sudah pasti akan terus meningkat setiap tahun.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

KESELAMATAN DALAM NEGERI

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …