YAYASAN PETRONAS BANTU 1,100 KELUARGA DI TIGA NEGERI

 

KOTA BHARU – Yayasan Petronas membantu meringankan beban 1,100 keluarga kurang bernasib baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerusi Program Sentuhan Kasih Aidilfitri.

Sumbangan ini merupakan salah satu komitmen berterusan Petronas untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.

Besar harapan agar, sumbangan ini mampu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan di samping membantu menceriakan mereka sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Serangan pandemik Covid-19 dalam tempoh dua tahun lalu memberikan kesan mendalam kepada sebahagian rakyat Malaysia.

Walaupun Malaysia sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini, namun kenaikan harga barangan sedikit sebanyak menimbulkan beban terutama di musim perayaan.

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut