SUAMI ISTERI DICEKUP SELUDUP MERCUN, BUNGA API

 

PASIR MAS – Sepasang suami isteri dicekup polis selepas dipercayai menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM17,660 pada Isnin.

Pasangan suami isteri berusia 38 dan 42 tahun itu ditahan di tepi jalan Lebuh raya Pasir Mas – Rantau Panjang di sini sekitar jam 11 malam selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki terserempak dengan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV).

Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu sambil disaksikan oleh kedua-dua suspek telah menjumpai kotak-kotak berisi mercun. Kotak-kotak itu telah dijumpai di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan bonet kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kesemua rampasan mercun termasuk kereta dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut