AKTIVITI PENYELUDUPAN LUBUK DUIT PENDUDUK DI SEMPADAN

 

RANTAU PANJANG – Sungai Golok yang menjadi pemisah antara sempadan Malaysia-Thailand di negeri Kelantan yang bermula dari Jeli sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi ‘panas’ berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Ini bukan perkara baharu, malah aktiviti itu sudah menjadi darah daging dalam kalangan penduduk sejak puluhan tahun lagi.

Sehingga kini aktiviti itu masih bertahan, malah ada dalam kalangan penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai lubuk rezeki bagi menyara keluarga selain meneruskan kelangsungan hidup.

Hanya memunggah barangan seludup dari pangkalan haram ke destinasi yang telah ditetapkan oleh tauke, individu terlibat akan menerima upah tunai sebaik sahaja kerja tersebut berjaya disempurnakan.

Kadar upah yang bermula puluhan ringgit hingga ribuan ringgit untuk setiap kali penghantaran barangan seludup membuatkan ada dalam kalangan penduduk di sempadan sanggup mengambil risiko dengan menjadikan aktiviti itu sebagai mata pencarian utama bagi menyara diri atau keluarga.

Faktor bentuk muka bumi kawasan Sungai Golok yang beralun serta luas dianggarkan sejauh 20 meter tanpa sebarang binaan tembok kekal menjadikan sempadan Malaysia-Thailand dilihat sentiasa terbuka untuk aktiviti berkenaan.

Artikel/Berita Terkini

AMARAN SCAM!

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas …

TOLAK FITNAH PELIHARA KEHARMONIAN

Menolak fitnah adalah langkah kritikal untuk melindungi maruah, keharmonian masyarakat dan kestabilan. Ia memerlukan pendekatan holistik, bermula dari membudayakan tabayyun …

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …