PROGRAM IHYA’ RAMADAN OKU PENGLIHATAN 2022

JAWI DENGAN KERJASAMA PERTIS DAN MAB BERGANDING BAHU MENGANJURKAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENGLIHATAN

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2022 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam (CHKI), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan OKU Penglihatan 2022. Program berlangsung di Surau Kompleks MAB, Pusat Latihan Gurney, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur. Acara bermula pada malam 22 Ramadhan 1443 dengan Qiamullail, Kuliah Subuh, Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Sempena program ini, JAWI turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada 100 orang peserta di kalangan asnaf OKU. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Faizal bin Che Yusof, Yang Dipertua, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) disusuli dengan ucapan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Turut hadir ialah Encik Mohd Nor bin Don, Penolong Kanan, Pusat Latihan Gurney, MAB dan Puan Sriyati bin Ahmad, wakil daripada Qatar Charity Malaysia.

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama daripada rakan strategik JAWI iaitu QSR Brand dan JAWI Food Bank. Semoga penganjuran program ini akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama JAWI dengan semua pihak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti OKU sentiasa didahulukan selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia”.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP (Bahagian Pengurusan Dakwah)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …