MAJLIS BERBUKA PUASA PANGLIMA TENTERA UDARA BERSAMA WARGA PANGKALAN UDARA SENDAYAN

   

SENDAYAN 20 Apr 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan dan isteri, Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah menyantuni kira-kira 300 warga Pangkalan Udara Sendayan di Majlis Berbuka Puasa bertempat di Pusat Islam PU Sendayan. Ketibaan Panglima Tentera Udara dan delegasi telah disambut oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Halina binti Harun; Komander Pangkalan PU Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM dan isteri, Puan Huzaila binti Mohd Khalid selaku Pengerusi BAKAT PU Sendayan serta pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan dan isteri.

Majlis dimulai dengan Tazkirah ringkas oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Hisham bin Mustafa sebelum azan dilaungkan menandakan waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa dengan juadah ringan, semua hadirin menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu kemudiannya menikmati juadah berbuka puasa. Majlis ditambah dengan pengisian ibadah menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih dan Witir.

Di dalam majlis berbuka puasa ini, Panglima Tentera Udara telah menyantuni warga pangkalan yang diuji dengan masalah kesihatan,anak istimewa serta kehilangan ahli keluarga. Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Panglima Tentera Udara kepada anggota dan anak yang mengidap sakit kronik dan anggota yang mempunyai anak-anak istimewa. Seterusnya, Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada empat orang balu TUDM. Penyampaian sumbangan kebajikan ini sebagai tanda keprihatinan TUDM kepada seluruh warga pangkalan termasuk ahli BAKAT Udara dan diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Majlis diakhiri dengan upacara bergambar Panglima Tentera Udara dan isteri bersama penerima sumbangan sebagai tanda kenangan serta sesi ramah mesra bersama warga Pangkalan.

   

Sumber : FB Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut