PDRM, THAILAND PERKUKUH KAWALAN SEMPADAN

 

RANTAU PANJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam usaha mengukuhkan lagi pengawasan sempadan antara kedua-dua negara bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan.

Kerjasama itu melibatkan pertukaran maklumat membabitkan aktiviti jenayah dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Jika ada maklumat, mereka (Thailand) akan salurkan terus kepada kita. Selain itu rondaan bersama turut dilakukan bagi memperkasakan lagi kawalan sempadan.

PDRM turut memastikan kawasan sempadan sepanjang musim perayaan terus diperketatkan.

Segala teknologi yang ada termasuk dron akan digunakan bagi memastikan keselamatan sempadan berada pada tahap terbaik.

Selain itu, aspek pengumpulan maklumat mengenai sempadan akan terus dimantapkan bagi membantu penugasan sekali gus mencegah aktiviti jenayah berkenaan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut