WANITA BERSAMA 18,000 BATANG ROKOK SELUDUP DITAHAN

 

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan seorang wanita dan merampas 18,000 batang rokok seludup dalam serbuan di Kampung Air Resom, Tanah Merah pada Ahad.

Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah di kampung berkenaan.

Dalam serbuan itu PGA telah menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati rokok-rokok tersebut dibawa masuk secara haram ke negara ini dari Thailand dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM26,730.

Kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Gual Ipoh untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut