KEMPEN KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN OLEH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kempen Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran di Bazar Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bazar Ramadan Batu Kawan. Dalam kempen ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian tips keselamatan di dapur kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan dan edaran risalah tentang keselamatan kebakaran.

Kempen ini disertai oleh YS Tuan Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang dan Tuan Hj. Hassan ‘As’ari bin Hj. Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang. Kempen ini sangat bagus diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keselamatan di dapur terutamanya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …