MINGGU TERAKHIR RAMADAN, IBU KOTA JADI TUMPUAN

Ibu kota dijangka akan terus sesak dan menjadi tumpuan masyarakat terutamanya warga kota yang berada di beberapa tempat tumpuan untuk membeli barang-barang keperluan serta kelengkapan bagi menyambut 1 Syawal yang akan tiba kelak. Masyarakat seolah-olah ‘melepaskan gian’ untuk membuat persiapan Aidilfitri bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini selepas dua tahun tidak dapat beraya sakan akibat pandemik Covid-19. Ianya dilihat dapat memeriahkan lagi keadaan pusat bandar dan merancakkan lagi ekonomi semasa.

Sesunngguhnya keadaan tersebut dapat dilihat semenjak minggu ke dua dan ketiga bulan Ramadhan lagi. Dijangkakan juga berpuluh ribu pengunjung yang datang adalah dari serata negeri dan termasuk dari Singapura akan membanjiri Bazar-Bazar Aidilfitri serta beberapa pusat beli belah yang popular.

Namun begitu, di dalam kegairahan untuk berbelanja bagi memenuhi kelengkapan Aidilfitri, masyarakat perlu lebih peka serta waspada agar tidak berlakunya penularan wabak COVID-19.

Tanggungjawab untuk membendung wabak ini perlulah dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat.

#KitaJagaKita

GAMBAR IHSAN: GOOGLE

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …