PROGRAM TAZKIRAH RAMADAN KPDNHEP KELANTAN 2022

 

KOTA BHARU : Di ambang 10 hari terakhir Ramadan 1443, KPDNHEP Negeri Kelantan melalui Unit Pentadbiran telah mengadakan Tazkirah Ramadan KPDNHEP 2022.
Tazkirah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor, Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran, Majlis Agama Islam Negeri Kelantan berlangsung di Bilik Mesyuarat Sekebun Bunga, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Tuan Haji Wan Marzuki bin Hj. Wan Abd Kadir kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor, sebagai tanda penghargaan atas kesudian menyampaikan ceramah di KPDNHEP Negeri Kelantan pada hari ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja KPDNHEP yang hadir ke tazkirah berkenaan bagi menimba ilmu pengetahuan serta kerohanian sempena bulan Ramadan ini.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …