PROGRAM INTEGRITI ‘RECHARGED’ ZON TENGAH AADK

PUTRAJAYA – Program Integriti ‘Recharged’ Zon Tengah telah dianjurkan oleh Unit Integriti AADK dengan kerjasama AADK Wilayah Persekutuan bertempat di Auditorium Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada 13 April 2022.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberikan kesedaran berterusan kepada warga AADK berkenaan akauntabiliti, kejujuran dan membudayakan nilai-nilai integriti serta isu berkaitan tatatertib sepanjang menjalankan tugas dan amanah sebagai penjawat awam.

Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bertajuk ‘Menggilap Permata’ yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr Sallina binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Penginstitusian, Unit Integriti AADK, sesi bual bicara bersama moderator dan panel jemputan iaitu YBrs. Tuan Zulfikri bin Ab Manaf, Pengarah Unit Integriti AADK, YBrs. Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, YBrs.Tuan Hamidon bin Abdullah, KPP Sektor Penguatkuasaan, Unit Integriti AADK dan Puan Shuraiya binti Mohamad Jamili, Ketua Unit Pencegahan, AADK Daerah Gombak.

Program ini telah dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian menggunakan aplikasi zoom melibatkan pegawai dan kakitangan dari AADK Wilayah Persekutuan, AADK Negeri Selangor, AADK Negeri Sembilan, PUSPEN Jelebu, PUSPEN Serendah, PUSPEN Dengkil, PUSPEN Sepang dan PUSPEN Sungai Besi.

 

SUMBER : FB AADK WPKL&PJ https://www.facebook.com/aadkwpklp

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …