OP SELAMAT 18: “WALKABOUT” KPN DEKATI MASYARAKAT DALAM PROGRAM JSPT BERSAMA CELCOM

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah meluangkan masa melakukan “walkabout” menyantuni masyarakat di sekitar Jalan Esfahan berdekatan kompleks beli belah SOGO pada 22 April 2022.

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada program anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) sempena Pra Op Selamat 18/2022.

Tan Sri Acryl Sani yang diiringi Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Mohd Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Mohamad Idham Nawawi telah meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan masyarakat setempat di samping menyampaikan cenderahati dan juadah berbuka puasa kepada anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Seusai program di lapangan, Tan Sri Acryl Sani dan tetamu yang lain telah dibawa ke JSPT Kuala Lumpur untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib sebelum menyampaikan sumbangan kepada balu, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dari JSPT Kuala Lumpur. Selain itu, KPN turut tidak ketinggalan mengerjakan solat tarawih bersama warga JSPT Kuala Lumpur di Surau An-Nazahah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah I, JPST Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Norsiah Mohd Saaduddin, barisan pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta rakan-rakan media.

 

SUMBER :

FB POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE) https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

FB JSPT KL https://www.facebook.com/JsptKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …