FASA PERALIHAN ENDEMIK: POLISI LAWATAN DI HOSPITAL KKM

Berkuat kuasa pada 23 April 2022, pihak KKM telah membenarkan pesakit-pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Tatacara perlaksanaan arahan ini adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

Walau bagaimanapun, KKM ingin menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.

#StaySafe

#KitaJagaKita

Sumber:

FB Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur https://www.facebook.com/profile.php?id=100067250160911

Kenyataan Media KPK, 21 April 2022

Infrografik Bernama 22 April 2022

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …