PROGRAM DAPUR IT’AM RAMADAN JAWI PADA 24 APR 2022

Program Dapur It’am Ramadan JAWI diteruskan di Surau Al-Hijrah Pantai Ria dan Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur pada 24 April 2022

Sebanyak 640 pek makanan telah diagihkan terus kepada golongan Asnaf dan B40 bermula dari hari pertama Ramadan lagi. Sebanyak 6 buah Masjid dan 3 buah surau di bawah selian Pejabat Pentadbiran Zon 6 telah terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Dapur It’am Ramadan kali ini. Kegembiraan dan kesyukuran jelas terbayang di wajah penerima di awal bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat memberikan kecerian dan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Semoga golongan yang memerlukan ini dapat menikmati juadah yang disediakan bagi mengurangkan sedikit beban yang dihadapi.

 

SUMBER: FB MAIW https://www.facebook.com/maiwphq DAN JAWI https://www.facebook.com/JAWIWP

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …