MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BRIGED KELAPAN INFANTRI ZON KEM PANGKALAN CHEPA TAHUN 1443H/2022M

 

KOTA BHARU : Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Briged Kelapan Infantri (8 Bgd) Zon Kem Pengkalan Chepa Tahun 1443H/2022M telah dilaksanakan pada 20 April 2022 di Masjid As-Solihin, Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD), Kem Pengkalan Chepa, Kelantan.
Majlis disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee, Panglima 8 Bgd dan isteri, Puan Fazlina binti Mohd Daud, selaku Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 8 Bgd. Seramai 27 Pegawai, 210 Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 32 Ahli BAKAT telah terlibat dalam majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan Solat Zohor secara berjemaah dan disusuli dengan Majlis Khatam Al-Quran di bawah pimpinan Pegawai Staf 2 Agama Markas 8 Bgd, Mejar Anuar bin Md Zain. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada 30 peserta Tadarus melibatkan Pegawai dan LLP serta Ahli BAKAT. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Staf Markas 8 Bgd, Pegawai Memerintah 21 RAMD, Timbalan Komander Rejimen 506 (Askar Wataniah) dan Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-8 Semboyan Briged.
Pelaksanaan Majlis tersebut adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan selaras dengan Perintah Ulung Panglima 8 Bgd iaitu Lestari.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …