YBhg. Dato’ Sri Hj. Amir bin Hj. Hussien, Pengerusi PL menghadiri Majlis Iftar Generasi Muda “Hebatkan Ramadan” (Naurah Care Malaysia-Labuan 2022) bertempat di Lazenda Hotel pada 23 April, petang semalam.
Hadir sama dalam program tersebut adalah Tuan Sheikh Ahmad Fakhruddin bin Sh Abd Rahim, Pengerusi Naurah Care Malaysia, Ustaz Mohd Radzaleih Matussin, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, En. Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, En. Abdul Mutalib bin Sahari, Presiden Majlis Belia Kawasan Labuan (MBL).
Dato’ Sri Pengerusi PL telah berkesempatan menyampaikan sumbangan Kit Ramadan berbentuk Buku Iqra terbitan Naurah Care kepada anak muda di Labuan, khususnya utk semua pemimpin Belia yg hadir pada majlis berkenaan.


SUMBER: PERBADANAN LABUAN