MAKLUM BALAS PERBADANAN LABUAN MENGENAI ASPEK KESELAMATAN MELIBATKAN BEKAS TAPAK BANGUNAN HOTEL LABUAN DI JALAN MERDEKA

KENYATAAN MEDIA

MAKLUM BALAS PERBADANAN LABUAN MENGENAI ASPEK KESELAMATAN MELIBATKAN BEKAS TAPAK BANGUNAN HOTEL LABUAN DI JALAN MERDEKA

Perbadanan Labuan (PL) mengambil maklum akan isu yang dibangkitkan baru-baru ini mengenai aspek keselamatan melibatkan bekas tapak bangunan Hotel Labuan di Jalan Merdeka. Isu ini sering kali dibangkitkan menerusi hantaran media sosial daripada orang awam mengenai dakwaan kes-kes pencerobohan yang dipercayai berlaku di bekas tapak bangunan tersebut dan seterusnya menjadi punca kegusaran dan kebimbangan besar warga Labuan. Tawaran pajakan itu telah diiklankan dan dipaparkan menerusi portal rasmi Perbadanan Labuan bermula pada 19 Januari sehingga 3 Mac 2022.

PL mempelawa dan menjemput syarikat-syarikat swasta / GLC yang berlesen atau pemaju hartanah yang berminat untuk menyertai proses tawaran pemajakan bekas tapak hotel tersebut. Pemaju dan pelabur yang berjaya dalam proses pajakan ini diharapkan dapat membangunkan kawasan ini sekaligus membuka ruang ekonomi dan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan. Ekoran pencerobohan dan aduan berterusan, PL bersetuju untuk mengadakan kawalan penguatkuasaan sepanjang 14 hingga 31 Mac lepas bagi mengelakkan pencerobohan awam berlaku secara berterusan yang akan membahayakan keselamatan awam.

Langkah memasang pagar duri di sekeliling bekas tapak bangunan dan menutup sepenuhnya kawasan tersebut juga dilakukan ke atas kawasan larangan tersebut dari dimasuki oleh orang awam. Aktiviti rondaan keselamatan secara berjadual juga dilakukan oleh anggota Penguatkuasa PL. Beberapa siri tangkapan telah dibuat oleh anggota Penguatkuasa PL dan penceroboh telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan untuk tindakan lanjut.

Selain itu, PL juga telah melaksanakan kerja pembersihan dan mencantas pokok dan tumbuhan liar yang terdapat di sana. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bagi mengelakkan kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. PL amat menghargai pandangan dan keprihatinan yang diutarakan oleh warga Labuan mengenai isu-isu tempatan. Justeru, sebarang aduan atau maklum balas berkaitan boleh dikemukakan menerusi Whatsapp Aduan PL di talian 019-787 8665 atau 019-598 8665. Melangkah kehadapan, PL terus komited mencapai visi untuk menjadikan WP Labuan mampan dan sejahtera menjelang 2026.

SUMBER: PERBADANAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut