LEBIH 660,000 KANAK-KANAK DI MALAYSIA LENGKAP VAKSINASI COVID-19

Seramai 667,069 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 18.8 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,477,888 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 41.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,885,265 individu atau 92.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,985,091 atau 95.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula 16,006,894 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,872 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,240,846 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 73,767 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 17,177 dos pertama, 53,369 dos kedua dan 3,221 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,013,893.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Kedah merekodkan jumlah tertinggi iaitu enam kes manakala Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu kes.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …