LABUAN SENARAI 18 BARANGAN DI BAWAH SHMMP AIDILFITRI

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menyenaraikan 18 barangan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022 yang berkuat kuasa pada 26 April hingga 6 Mei ini.

Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata barangan tersebut termasuk daging lembu import dari India, ikan, sayur dan buah-buahan.

“SHMMP adalah langkah untuk membendung kenaikan harga barang keperluan pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Di Labuan, 18 barangan itu ialah daging lembu import dari India dengan harga borong maksimum RM20 sekilogram manakala harga runcit RM22 sekilogram, ikan kembung termasuk kembung India (RM10/RM11 sekilo), ikan selayang (RM7 sekilogram bagi lapan ke 12 ekor/RM9), tomato (RM5.50/RM6 sekilo), cili merah ((RM16 /RM17 sekilo), kubis bulat import dari Indonesia dan China tidak termasuk Beijing (RM2.50/RM3.50 sekilo), kacang panjang (RM5/RM6 sekilo), terung panjang (RM7/RM9 sekilo) dan timun (RM3/RM4 sekilo).

Sembilan lagi barangan ialah bawang besar dengan harga borong maksimum RM5 sekilogram dan RM6 sekilogram pada harga runcit, bawang holland (RM5/RM6 sekilo), bawang putih China (RM7/RM8.50 sekilo), cili kering (RM18/RM20 sekilo), kacang tanah (RM8/RM9 sekilo), halia tua import (RM11.50/RM13 sekilo), kelapa (borong sahaja pada harga RM1.60 seunit) dan kelapa parut (runcit sahaja) dengan harga RM6.50 sekilogram.

SHMMP dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan mereka yang melakukan kesalahan dengan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, beliau berkata individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

“Skim kawalan harga ini akan dikuatkuasakan selama 11 hari iaitu tujuh hari sebelum dan tiga hari selepas hari raya dan pada hari raya itu sendiri. Pegawai penguat kuasa kementerian akan melakukan pemantauan harga di lapangan seperti pasar basah, pasar raya dan pasar raya besar di pulau bebas cukai ini,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut