KES SEMBUH MENGATASI HAMPIR SEKALI GANDA KES BAHARU SEMALAM

Sebanyak 10,041 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 direkodkan negara semalam sekali gus mengatasi kes baharu positif wabak itu yang berjumlah 5,624 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kes sembuh
yang direkodkan semalam adalah 4,310,599.

“Daripada 5,624 kes harian itu, sebanyak 1,765 kes atau 31.38 peratus merupakan pesakit kategori satu manakala 3,835 kes atau 68.19 peratus adalah kategori dua.

“Manakala kategori tiga yang dikesan adalah 12 kes (0.21 peratus) dan bagi kategori empat dan
lima masing-masing dikesan sebanyak enam kes iaitu 0.11 peratus,’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 89 kes dan sebanyak 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata 218 kes positif COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan 111 kes atau 50.9
peratus melibatkan pesakit kategori tiga, empat dan lima, manakala 107 kes atau 49.1 peratus adalah kategori satu dan dua.

Selain itu, satu kluster baharu turut dikenal pasti menjadikan jumlah kluster aktif kini adalah 99 kluster. Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 (nilai Rt), beliau berkata Malaysia mencatatkan nilai Rt pada kadar 0.77 dengan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.10.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut