PROGRAM PENYERAHAN JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PASUKAN KESELAMATAN DAN FRONTLINERS DI BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI), JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 14 April 2022 – Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah membuat penyerahan sumbangan bungkusan juadah berbuka puasa kepada pasukan keselamatan dan frontliners di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru pada 13 April 2022. Sebanyak 350 pek makanan telah diagihkan kepada pasukan keselamatan dan frontliners yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) melibatkan agensi / jabatan seperti berikut:

1. Jabatan Imigresen Malaysia
2. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
3. Polis Diraja Malaysia
4. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
6. Jabatan Pengangkutan Jalan
7. Travel Control officer (TCO); dan
8. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Johor, YBrs. Tuan Mohd Tarmizi bin Dan telah menyerahkan juadah berbuka puasa berkenaan kepada setiap wakil Agensi dan Jabatan yang terlibat bagi menghargai jasa dan peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan dalam menjaga keamanan negara.

Terima Kasih
pasukan keselamatan dan frontliners!!

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …