FELCRA AGIH ZAKAT RM250,000 KEPADA 1,443 ASNAF

 

MACHANG – Felcra Berhad mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM250,000 kepada 1,443 golongan asnaf di sekitar kawasan Parlimen Machang.Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, agihan itu adalah hasil keuntungan perniagaan anak-anak syarikat Felcra Berhad sepanjang tahun lalu.

Agihan zakat ini merupakan kali pertama dapat diberikan kepada penerima. Hal ini kerana selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Felcra Berhad mengalami kerugian sepanjang tahun,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan berkata, sebanyak RM93,000 turut diberikan kepada 77 kakitangan Felcra Berhad yang terjejas dengan banjir pada tahun ini melibatkan Kelantan dan Terengganu.

 

Artikel/Berita Terkini

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (PDRM) NEGERI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengadakan Program …
Maklumat Lanjut

PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua …
Maklumat Lanjut