MAAHAD TAHFIZ DI PULAU PINANG TERPILIH MENJADI PENERIMA ZAKAT PLUS TAHUN INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh dan Berkekalan)

Keberkatan bulan Ramadan pada tahun ini sangat bermakna kepada 1,997 asnaf dan 17 buah pusat tahfiz serta kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana terpilih menerima bantuan zakat daripada pengendali konsesi lebuh raya itu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menjelaskan bahawa sejumlah RM2.3 juta zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer radius daripada jajaran PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Selain itu, PLUS turut mengagihkan zakat berjumlah RM50,000 kepada lima (5) buah pusat tahfiz di Pejabat Wilayah Utara PLUS Bertam, Kepala Batas bagi membantu pengurusan pusat tersebut yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …