KEPENTINGAN MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Kecuaian untuk tidak memakai tali pinggang keledar adalah punca utama seseorang mengalami cedera parah termasuk penumpang yang duduk di bahagian belakang kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Anda boleh merujuk infografik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malysia (PDRM) berkenaan informasi kepentingan menggunakan tali pinggang keledar.

Sehubungan itu, memandangkan keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan ketika berada di jalan raya, berikut merupakan perkara yang patut dilakukan:

  • Sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yang dekat.
  • Pastikan tali pinggang keledar dipasang melintangi bahagian dada dan pinggul.
  • Periksa tali pinggang keledar agar berfungsi dengan baik.
  • Gunakan kerusi keselamatan atau kerusi sokongan untuk kanak-kanak.

 dan juga perkara yang patut dielakkan:

  • Jangan memakai tali pinggang keledar yang berpintal.
  • Jangan letakkan tali pinggang keledar di bawah lengan atau di belakang badan setelah dipasang.
  • Elakkan memangku anak di atas riba.
  • Jangan berkongsi tali pinggang keledar dengan anak.

Semoga semua pengguna jalan raya untuk lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan jalan raya.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut